KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT? Menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan. Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer. Contoh-contoh Teknologi Maklumat dan Komunikasi KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAK...