KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir dapat didefinisikan  sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna , pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah diikuti dengan melakukan refleksi dan metakognitif. 

Terdapat 3 jenis kemahiran berkir yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam meningkatkan dan mengukuhkan kemahiran berfikir mereka. 



  1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. 
  2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. 
  3. Kemahiran berfikir menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

































STRATEGI BERFIKIR



Mengkonsepsikan 

Membuat pengikatan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait. Strategi ini digunakan dalam membina konsep atau pengertian untuk menjelaskan sesuatu fenomena menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.






Membuat Keputusan 

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Strategi ini digunakan untuk : a) Membuat suatu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian . b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.


BY : ZAISWANITA A/P MOHD DIKUIšŸ˜€

Comments

Popular posts from this blog

KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEMAHIRAN BELAJAR

PENGENALAN