KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
APAKAH TEKNOLOGI MAKLUMAT?
Menurut Senn (1998), teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna. Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu, logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara tentang teknologi maklumat. Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.
Chakrabarty (1979), menjelaskan bahawa literasi komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui penggunaan komputer. Manakala Dologite (1987), pula menyatakan literasi membawa maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu menggunakan komputer.
Contoh-contoh Teknologi Maklumat dan Komunikasi


KEPENTINGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI [ICT]
Pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.
Ramalan cuaca dan panduan pelayaran.
Mempercepat hubungan antarabangsa.
Mengumpul maklumat.
Membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjaga keamanan dan keselamatan negara.
Pengurusan dan pentadbiran negara ke arah lebih sistematik dan teratur.
Ramalan cuaca dan panduan pelayaran.
Mempercepat hubungan antarabangsa.
Mengumpul maklumat.
Membantu dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjaga keamanan dan keselamatan negara.
KESAN PENGGUNAAN ICT
Dari segi ekonomi urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri
Dari segi sosial dapat mengeratkan hubungan antara rakyat Malaysia
Dari segi pendidikan merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat.
BY : ERIEN EZRYNA BT MD YUSOF @ WONG HENG SENG 😃
Comments
Post a Comment